Saya telah memerhati AWS Aurora untuk seketika dan ia mendapat perhatian khas saya selepas ia dilancarkan bersama kesesuaian PostgreSQL. Tidak lama dahulu, saya juga telah menulis mengenai kenapa anda patut mempertimbangkan perpindahan pangkalan data ke komputasi awan dan bagaimana anda boleh mengatasi cabaran-cabaran migrasi pangkalan data ke komputasi awan. Aurora telah menguatkan kepercayaan saya bahawa sebuah pangkalan data dapat beroperasi dengan lebih berkesan di dalam infrastruktur komputasi awan dan pada masa yang sama ia dapat mengurangkan beban DBA untuk lebih fokus pada mengoptimumkan SQL dan Aplikasi. Jika anda telah meneroka PostgreSQL RDS atau jika anda menjalankan PostgreSQL pada EC2, Aurora mempunyai banyak ciri-ciri yang bernilai untuk anda perhatikan. Ia dibina atas asas infrasktruktur AWS dan PostgreSQL yang boleh dipercayai. Mari kita lihat pada beberapa ciri-ciri utama Aurora –
Ia menyimpan enam salinan data anda. Ini telah dilakukan dengan menggunakan kebolehan menyeluruh yang ditawarkan oleh PostgreSQL. PostgreSQL membenarkan anda memasang enjin simpanan anda sendiri – walaupun tidak semudah menggunakan MySQL atau MariaDB. Ini bermakna Aurora boleh bertahan kehilangan 2 salinan tanpa menjejaskan keupayaan menulis dan sehingga tiga salinan tanpa menjejaskan keupayaan membaca.
Anda boleh membuat replika membaca yang direka dengan solusi simpanan terkini. Semua replika berkongsi simpanan yang sama dan anda boleh membuat sehingga 15 replika membaca dengan satu digit milisaat sela waktu.
Anda tidak perlu begitu risau dengan prosedur dibalik persediaan replika kerana AWS membuatnya secara automatik dan bagi anda ianya hanyalah membuat beberapa klik.
Aurora datang dengan sandaran automatik yang mana boleh digunakan untuk pemulihan “Point-in-time” (PITR). Ini sangat berguna bagi mereka yang ingin memulihkan data selepas operasi yang tidak baik. Selalunya, pendekatan seperti pertanyaan “flashback” atau “ time travel” tidak berguna di dalam kes senario praktikal apabila data yang hilang amat besar disebabkan oleh operasi yang tidak baik atau apabila data telah korup atau dibuat secara tidak konsisten (dalam konteks perniagaan) oleh proses kumpulan yang tidak berjaya. Penggunaan pertanyaan “flashback” atau “time travel” untuk pemulihan dalam senario sebegini terdedah kepada kesilapan manusia dan boleh menjadi sesuatu yang melecehkan.
Tidak ramai yang menyedari dan faham bahawa Aurora telah dibina di atas keupayaan menyeluruh yang ditawarkan oleh PostgreSQL. Keupayaan menyeluruh PostgreSQL ini membolehkan –
AWS untuk membina servis dengan ketersediaan tinggi dengan memasang enjin simpanan berasaskan S3.
Aurora untuk beroperasi dengan mekanisma pemulihan “checkpoints” dan “crash” (pemulihan satu fasa) yang diubahsuai yang mana dapat mengurangkan pemulihan “crash” dengan begitu besar.
Sementara AWS telah dapat memperluaskan PostgreSQL dengan Aurora, pelanggan yang menggunakan Aurora masih boleh mendapat manfaat daripada ciri-ciri utama PostgreSQL atau tambahan yang popular e.g. PostGIS. Ini bermakna anda sebenarnya tidak melepaskan ciri-ciri hebat lain semasa meluaskan PostgreSQL. Apakah maknanya ini pada pengguna akhir? Jika anda mahu, anda boleh bergantung kepada pembekal –pembekal seperti EnterpriseDB atau Amazon untuk memilih PostgreSQL yang lain dan masih mendapat manfaat daripada ciri-ciri lain Postgres. Atau anda boleh mengubahsuai PostgreSQL menggunakan cabang keupayaan menyeluruh yang berbeza seperti perancang, pekerja latar belakang, tambahan, bahasa prosedur atau balutan data asing. Jadi PostgreSQL dan cabang-cabangnya yang pelbagai mempunyai banyak tawaran bagi perniagaan yang mencari cara membina servis pangkalan data yang boleh dipercayai. PostgreSQL juga mempunyai banyak cabang yang telah ditetapkan untuk pengguna mahir mengubahsuai dan membina servis pangkalan data mereka sendiri. Itulah kelebihan ketara bergantung harap pada PostgreSQL – Sumber Terbuka dan keupayaan menyeluruhnya.
Keupayaan menyeluruh PostgreSQL telah membolehkan Amazon untuk membina platform pangkalan data yang kukuh di atas Infrastruktur AWS menggunakan PostgreSQL. Kebanyakan pembekal hak milik sebenarnya tidak mempunyai keupayaan untuk menawarkan kelebihan ini dan mereka membawa perdebatan ini ke arah mana yang mereka fikir mereka mempunyai kekuatan – tanpa mengira relevannya kekuatan tersebut pada hari ini. Lebih banyak mengenai aspek ini untuk diikuti dalam salah satu blog saya yang bakal tiba.
Tambahan lagi, jika anda ingin menjalankan Postgres dalam persekitaran yang terurus atau jika anda tertanya-tanya bagaimana cara terbaik untuk menjalankan penggunaan Postgres dalam komputasi awan – RDS atau Aurora atau PostgreSQL dalam EC2, hubungi kami. Pakar kami dalam PostgreSQL dan kemahiran Cloud Architecting boleh membantu anda mengenal pasti faktor-faktor yang perlu di pertimbangkan semasa membuat pilihan untuk menjalankan pangkalan data dalam komputasi awan. Kami juga menyediakan servis migrasi untuk memindahkan pangkalan data dalaman atau menjalankan PostgreSQL dalam persekitaran komputasi awan yang lain ke RDS atau Aurora. Sila hubungi kami.